Monday 4 November 2019

Belansungkawa Ayahanda Guru Abg Abdul Taib bin Hj Abg Sharbini

Al-fatihah buat guruku Abg Abd Taib bin Hj Abg Sharbini.. Terima kasih atas segala ilmu yg dicurahan selama ini.. Semoga Allah berikan kami semua kekuatan dan semangat untuk meneruskan legasi perjuangan yang allahyarham guru amanahlan memartabatkan silat  Pukulan 12 di bumi Sarawak yg tercinta ini.. 
Buat guruku yang tersayang.. Mudahan Allah melimpahi rahmat ke atas dirinya.. dan mudah-mudahan ditempatkan bersama hamba-hambanya yang soleh.. Al-Fatihah..



Saturday 21 July 2018

Malam Ukhwah Silat 12

Bismillah gerak dan langkahku, Ar-Rahman temanku, Ar-Rahim pelindungku.. Alhamdulillah.. Berkat kesepakatan ahli-ahli silat rumpun 12, Majlis Mengukuhkan  Ukhwah Silat 12 akhirnya berjaya juga dianjurkan bertempat di Rimba Borneo, Kuching pada 16 Julai 2018 yang lepas.. 






















Sunday 6 August 2017

Sekadar Cerita

Assalamualaikum pembuka bicara..

Rasanya sudah sekian lamanya saya tidak mengemaskinikan blog ini.. Mungkin atas dasar kekangan masa mahupun atas kekangan diri sendiri..

Kala waktu ini, ingin saya ceritakan sebuah kisah yang dikongsikan oleh guru saya. Peristiwa yang berlaku sekitar tahun 70an. Dikisahkan satu kumpulan s12 sedang membuat persembahan acara rasmi di Padang Merdeka. Seseorang bukan melayu telah berkata 'silat ini seperti orang mengayuh penambang'. Orang menjual, kita membeli...cabaran diterima. Tidak dapat digambarkan apa yg berlaku ketika itu. Sudahnya..pencabar tergamam, tidak sempat berbuat apa2, akhirnya tumbang. Peristiwa ini diceritakan oleh guru saya. Bukan tujuan riak dan takbur tetapi sebagai bekal pembakar semangat. 

Allahu'alam.

Sunday 22 January 2017

Dasar Mainan Pukulan 12

Assalamualaikum pembuka bicara..

Setelah sekian lamanya tidak menitipkan sesuatu didalam blogs ini.. ingin saya kongsikan 4 dasar utama di dalam mainan Silat Pukulan 12 Spring..

Di dalam silat aliran ini.. Pembelajaran atau dasar mainan ini bolehlah dibahagikan kepada 4 dasar utama :

i  . Buah
ii . Pelampas
iii. Susun Buah
iv. Gerak

Semua perkara diatas hendaklah dimainkan secara berterusan bagi memastikan seseorang pengamal mainan ini memahiri permainan silat ini.. Disamping itu, seiring dengan latihan dan pembelajaran yang dijalankan.. Pesilat aliran ini akan diterapkan dengan konsep dan falsafah mainan seperti petik suis, padam lampu dan banyak lagi..

Berguru biarlah pada yang tahu..

Wassalam..

Sunday 2 October 2016

Analisis

Salam Maal Hijrah.. Sahabat2 yg dikasihi. Saya ingin melanjutkan perkongsian mengenai perbahasan dikalangan ahli s12 berkenaan "pukulan golong". Saya ingin menjelaskan perkara ini berdasarkan dua fakta dari sumber yg saya yakini.
Menurut Tuan Hj Kamil, beliau mendakwa, pukulan golong memang wujud tetapi hanya diamalkan oleh mereka yang datang dari aliran Allahyarham Tuan Guru Pak Duet. Almarhum pernah bercerita, menyaksikan sendiri gurunya iaitu Allahyarham Tuan Guru Ustaz Sariee memukul pencabarnya dalam kedudukan setempat dengan keadaan tangannya bergolong. Peristiwa ini berlaku ketika gurunya itu membuka gelanggang utk mengajar s12 satu masa dahulu.
Berbeza dengan pandangan guru Wa Dir. Walaupun beliau tidak menolak kemungkinan terdapatnya pukulan golong dalam s12. Namun begitu beliau menjelaskan, pukulan golong ini terbentuk berikutan dengan gerakan tumbukan laju diganding dengan gerakan potong dalam kedudukan pantas lalu membentuk bulatan yang akhirnya tercipta pukulan golong ini.
Hujah ini sangat jelas untuk kita menilai kebenarannya. Hanya yg menghayati sahaja memahami gerak 'pukulan golong' dalam permainan s12. Allahu'alam.

Analisis 12

Assalamualaikum. Secara umumnya dalam permainan silat banyak istilah digunakan utk mengambarkan kaedah tempur bagi memperdayakan pihak lawan sebelum sesuatu serangan dibuat. Istilah itu adalah seperti jual-beli, umpan, menunggu dan seumpamanya.
Dalam s12 terdapat Juga istilah yg digunakan atas tujuan tersebut seperti "silau, silap, silat" walaupun hakikatnya, gerakan s12 lebih cenderung kepada serangan "pukul sebelum di pukul, pukul ketika di pukul atau pantas tewas". 
Bagi maksud tersebut, hanya jauhari sahaja yg mengenal manikam. Allahu'alam.

Wednesday 16 March 2016

Pengertian 12...

Assalamualaikum pembuka bicara.. Setakat ini tidak ada sesiapa lagi yang memberi pengertian yang tepat tentang nombor 12 dalam s12. Timbul pelbagai taksiran seperti 12 buah pukul, 12 titik sasaran, 12 pusingan jam, kod 12ataupun  pukulan 1 & 2 sahaja....Namun begitu mari kita cuba kita menyusur kembali kpd pelopor silat 12 iaitu almarhum Syeikh Ahmad Muhammad Maulana. Beliau merupakan  seorang tokoh keagamaan dan persilatan. Mengajar Silat untuk menyampaikan Islam. Mungkinkah pengertian 12 yang ingin beliau sampaikan itu adalah "1 " tuhan yang satu, "2" adalah dua kalimah syahadah. 
Wallahua'lam..

Thursday 10 March 2016

Catatan

 Silat 12 tidak hanya terletak pada buah induk dan pelampas sahaja tetapi ianya dikembangkan dengan menjiwai falsafahnya, berpegang kepada prinsip2 mainan, memahami konsep dan menguasai kaedah2 tempur yg terkandung di dlm silat 12 ini.

   Pelampas diibaratkan sebagai penunjuk arah. Sasaran 12 adalah destinasi. Semakin mahir berpelampas maka semakin tepat gerak dan sasarannya.

  Kaedah pukulan tangan "BERGOLONG", berkemudi kaki, anjak badan dengan membentuk bulatan akan menghasilkan gerakan semulajadi iaitu "SPRING" yang menjadi teras dalam menghidupkan s12 ini.


 S12 turut dikenali sebagai 'senibela diri tangan kosong'. Ini disebabkan kaedahnya yg hanya menggunakan tangan sebagai senjata. Tidak ada istilah menyepak atau menendang. Kaki hanyalah digunakan utk bergerak ke depan, kanan, kiri, undur dan berputar membentuk 'kemudi' bagi tujuan menghindar serangan.

Sunday 17 January 2016

Catatan Perjalanan


 Guru Pak Angas seorang pedagang yang berasal dari Sambas telah mentauliahkan allahyarham Wa Dir silat12 sekitar tahun 60-an. Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau dan merujuk tentang mainan silat 12 ini. Menurut Wa Dir, silat 12 pada asalnya tidak mempunyai pelampas tetapi hanya mempunyai buah induk dan beberapa amalan tertentu. Diajar selama 7 hari, syarat diakad dengan al-Quran, diikat dengann amanah rahsia dan gelanggang tertutup kepada umum. Sehingga kini segelintir pengamal aliran ini masih mengamalkan adat dan tertib tersebut.. Wallahua'alam..

Thursday 3 December 2015

Gerakan Pukulan


  Dalam  konsep permainan, aliran ini menekankan 3 konsep gerakan pukul ketika bertempur.
1. Pukul sebelum dipukul (fokus)
 2. Pukul setelah dipukul (buah 12)
        3. Pukul ketika dipukul (pantas tewas)