Guru Pak Angas seorang pedagang yang berasal dari Sambas telah mentauliahkan allahyarham Wa Dir silat12 sekitar tahun 60-an. Saya
berkesempatan berjumpa dengan beliau dan merujuk tentang mainan silat 12 ini. Menurut Wa Dir,
silat 12 pada asalnya tidak mempunyai pelampas tetapi hanya mempunyai buah induk dan beberapa amalan
tertentu. Diajar selama 7 hari, syarat diakad dengan al-Quran, diikat dengann
amanah rahsia dan gelanggang tertutup kepada umum. Sehingga kini segelintir
pengamal aliran ini masih mengamalkan adat dan tertib tersebut.. Wallahua'alam..
Sunday, 17 January 2016
Thursday, 3 December 2015
Gerakan Pukulan
Dalam konsep permainan, aliran ini menekankan 3 konsep gerakan
pukul ketika bertempur.
1. Pukul sebelum dipukul (fokus)
2. Pukul setelah dipukul (buah 12)
3. Pukul ketika dipukul (pantas tewas)
Bila Tangan Sudah Bermata
Dalam permainan Pukulan 12 Spring, terdapat
sukatan yg meliputi Gerak Nyata dan Gerak Rasa. Tahap tertinggi adalah apabila
"tangan sudah bermata".
Tuesday, 1 December 2015
Pesanan Guru
Jangan dicari kemasyhuran kerana ia akan lenyap ditelan zaman. Carilah keikhlasan kerana ia cermin peribadi yang tinggi lagi mulia.
Thursday, 26 November 2015
Tumbukan Hadiah
Salam Jumaat.. Tumbukan hadiah adalah salah satu daripada pukulan
asas dalam silat Pukulan 12 Spring. Ia terbentuk daripada kedudukan tangan seperti memberi hadiah. Memetik kata-kata allahyarham guru Pak Duet " BERIKAN SILAT INI SEBAGAI HADIAH UNTUK MEREKA YG
BERHAJAT". Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah....
Subscribe to:
Posts (Atom)