Thursday 26 November 2015

Tumbukan Hadiah

Salam Jumaat.. Tumbukan hadiah adalah salah satu daripada pukulan asas dalam silat Pukulan 12 Spring. Ia terbentuk daripada kedudukan tangan seperti memberi hadiah. Memetik kata-kata allahyarham guru Pak Duet " BERIKAN SILAT INI SEBAGAI HADIAH UNTUK MEREKA YG BERHAJAT". Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah....


Wednesday 25 November 2015

"Pukulan 12 Spring"

 Terdapat pelbagai aliran dan cabang silat 12. Sama tapi tidak serupa. Silat 12 saya adalah daripada aliran " PUKULAN 12 SPRING ".

Pukulan merangkumi 4 pukulan asas dalam aliran ini iaitu tumbukan hadiah, libas, pukulan gentar dan kepala.. ia boleh juga dimaksudkan bahawa ilmu persilatan ini adalah dari kelompok aliran silat buah pukul.. 

Pukulan 12 bermaksud pukulan sasaran 12 dengan gaya spring..

    Spring terbentuk dari Golong. Spring adalah gaya gerakan. Sifatnya seumpama semakin laju tekanan maka semakin cepat tindak balasnya.

  Spring adalah sinonim dengan gerakan sendeng. Di dalam Pukulan 12 Spring, sendeng 45 darjah sangat ditekankan. Kedudukannya berada di pusat imbangan badan.


  Falsafah sendeng 'gerak kau, gerak aku.. diam kau, aku gerak kan.. langkah kau, aku tiba.. bayang kau, ganyang aku, serang kau makanan aku...'

Monday 23 November 2015

"Segerak Lebih Cepat, Sedikit Lebih Elok"


"Segerak lebih cepat, sedikit lebih elok" merupakan falsafah yang menjadi pegangan dalam Silat Pukulan 12 Spring. Ia boleh juga dimaksudkan dengan tindakan selangkah kehadapan dalam apa jua perbuatan yang menjurus ke arah kebaikan. Sedikit lebih elok bagi memudahkan kita mengawal dan fokus kepada tindakan. Saya yakin, jika kita bergerak sedikit demi sedikit...akhirnya akan menjadi perkasa dengan kualiti yg terbaik. Jangan sekali-kali 'mengharap sokong...sokong yg membawa rebah'. Allahu'alam.

Pelajaran Asas

 Pada asasnya sukatan silat12 ini agak mudah iaitu tumbukan asas (4), pelampas (6), buah induk (12). Sesi pembelajarannya pula dijalankan berulang-ulang.

 Di dalam silat12 diperkenalkan 6 senjata tangan seperti baji, tombak, kapak, tukul, seding dan perisai. Penggunaannya bergantung kepada sasaran buah induk 12.

Friday 20 November 2015

Falsafah..

  Falsafah " Segerak Lebih Cepat, Sedikit Lebih Elok" mempunyai maksud yang cukup mendalam dan hanya difahami oleh mereka mempelajari s12 ini.


    "Tangan bergolong" hanya diwarisi dari salasilah guru Pak Duet sedangkan permainan s12 dari aliran lain tidak menekankan konsep ini.

Monday 9 November 2015

Ayuh.. Kembalikan Roh silat..

Satu ketika dahulu. Betapa kita tidak pernah sunyi mendengar pemuda-pemudi di segenap pelusuk kampung bersungguh-sungguh berlatih..mewarisi ilmu persilatan. Tanpa ada pengaruh yg melalaikan mereka seronok mengaksikan sepak-terajang, pukul dan tendang. Malangnya.. keseronokan itu sudah mulai hilang lantaran anggapan bahawa silat itu hanyalah ilmu senibeladiri kampungan. Silat ibarat seperti khazanah melayu yang hilang...cuainya pada bangsa kita. Ketika kita membiarkannya pergi..ada bangsa lain menceduk dan mengilap untuk dilabelkan sebagai warisan mereka...Mari kita masyhurkan kembali program ziarah guru dan gelanggang. Mungkin ada berkatnya, jangan bertangguh..inilah masanya...

Saturday 7 November 2015

Sambungan.. Catatan Sejarah..


Selain daripada Mempawah, daerah-daerah di sepanjang Sg. Sambas, yang merupakan sungai terpanjang di Kalimantan turut melahirkan tokoh-tokoh Silat 12 ini. Ramai daripada mereka mengajar dan mengembangkan silat ini sehingga mewujudkan banyak cabang dan aliran, segelintir daripada mereka ini telah merantau di samping mengembangkan aliran ini sehingga ke bandar-bandar berdekatan seperti Kuching, Sarawak. Ia bergerak dan berkembang secara kecil-kecilan dan bersembunyi dari khalayak, surau dan masjid di ceruk-ceruk kampung dijadikan markas seni ini diturunkan dari generasi ke satu generasi, saya juga melalui pengalaman menuntut seni ini di kolong-kolong rumah dan surau di daerah saya

Friday 6 November 2015

Di sini bermulanya satu cerita..


Ringkasnya alkisah yang telah disampaikan oleh waris bahawa Silat 12 ini telah wujud dan berusia melebihi 100 tahun. Ianya berasal dari sebuah tempat yg dikenali sebagai Daerah Mempawah Kalimantan Barat kira-kira beberapa km ke utara bandar tersohor Pontianak. Diyakini silat ini telah dipelopori oleh seorang tokoh keagamaan dan persilatan yg dikenali dgn beberapa nama seperti Syeikh Ahmad, Syeikh Muhamad Maulana, dan Syeikh Yasir Muhamad.

Menurut cerita, asalnya pergerakan Silat 12 ini diajar secara ringkas malah tidak sehebat seni pencak yang ada sekarang. Ia hanya sekadar menunjuk pergerakan yg senang dan mudah mengikut penghayatan seseorang individu. Ia juga diajar semata2 utk membangkitkan semangat perjuangan dan penentangan rakyat di sekitar daerah Mempawah terhadap penjajah Belanda dan pengkhianat bangsa.

Silat 12 ini begerak dan dikembangkan sejajar dgn ketokohan pelopornya dengan menjadikan perjuangan berlandaskan 'penerapan nilai-nilai Islam' sehingga menjadi amalan dan prinsip 'sebelum silat kena solat, baru erat silaturrahim'. Moto inilah yg menjadi pegangan pengamal Silat 12 sehingga kini.