"Segerak lebih cepat, sedikit lebih elok" merupakan falsafah yang menjadi pegangan dalam Silat Pukulan 12 Spring. Ia boleh juga dimaksudkan
dengan tindakan selangkah kehadapan dalam apa jua perbuatan yang menjurus ke arah
kebaikan. Sedikit lebih elok bagi memudahkan kita mengawal dan fokus kepada
tindakan. Saya yakin, jika kita bergerak sedikit demi sedikit...akhirnya akan
menjadi perkasa dengan kualiti yg terbaik. Jangan sekali-kali 'mengharap
sokong...sokong yg membawa rebah'. Allahu'alam.
Monday, 23 November 2015
Pelajaran Asas
Pada asasnya sukatan silat12 ini agak mudah iaitu
tumbukan asas (4), pelampas (6), buah induk (12). Sesi pembelajarannya pula dijalankan berulang-ulang.
Di dalam silat12 diperkenalkan 6 senjata tangan
seperti baji, tombak, kapak, tukul, seding dan perisai. Penggunaannya
bergantung kepada sasaran buah induk 12.
Friday, 20 November 2015
Falsafah..
Falsafah " Segerak Lebih Cepat, Sedikit
Lebih Elok" mempunyai maksud yang cukup mendalam dan hanya difahami oleh
mereka mempelajari s12 ini.
"Tangan bergolong" hanya diwarisi dari salasilah guru Pak Duet sedangkan permainan s12 dari aliran lain tidak
menekankan konsep ini.
Monday, 9 November 2015
Ayuh.. Kembalikan Roh silat..
Satu ketika dahulu. Betapa kita tidak pernah sunyi mendengar pemuda-pemudi
di segenap pelusuk kampung bersungguh-sungguh berlatih..mewarisi ilmu persilatan.
Tanpa ada pengaruh yg melalaikan mereka seronok mengaksikan sepak-terajang,
pukul dan tendang. Malangnya.. keseronokan itu sudah mulai hilang
lantaran anggapan bahawa silat itu hanyalah ilmu senibeladiri kampungan. Silat ibarat seperti
khazanah melayu yang hilang...cuainya pada bangsa kita. Ketika kita
membiarkannya pergi..ada bangsa lain menceduk dan mengilap untuk
dilabelkan sebagai warisan mereka...Mari kita masyhurkan kembali program
ziarah guru dan gelanggang. Mungkin ada berkatnya, jangan
bertangguh..inilah masanya...
Saturday, 7 November 2015
Sambungan.. Catatan Sejarah..
Selain
daripada Mempawah, daerah-daerah di sepanjang Sg. Sambas, yang merupakan sungai
terpanjang di Kalimantan turut melahirkan tokoh-tokoh Silat 12 ini. Ramai
daripada mereka mengajar dan mengembangkan silat ini sehingga mewujudkan banyak
cabang dan aliran, segelintir daripada mereka ini telah merantau di samping
mengembangkan aliran ini sehingga ke bandar-bandar berdekatan seperti Kuching,
Sarawak. Ia bergerak dan berkembang secara kecil-kecilan dan bersembunyi dari
khalayak, surau dan masjid di ceruk-ceruk kampung dijadikan markas seni ini
diturunkan dari generasi ke satu generasi, saya juga melalui pengalaman
menuntut seni ini di kolong-kolong rumah dan surau di daerah saya
Friday, 6 November 2015
Di sini bermulanya satu cerita..
Ringkasnya alkisah yang telah disampaikan oleh waris bahawa Silat 12 ini telah wujud dan berusia melebihi 100 tahun. Ianya berasal dari sebuah tempat yg dikenali sebagai Daerah Mempawah Kalimantan Barat kira-kira beberapa km ke utara bandar tersohor Pontianak. Diyakini silat ini telah dipelopori oleh seorang tokoh keagamaan dan persilatan yg dikenali dgn beberapa nama seperti Syeikh Ahmad, Syeikh Muhamad Maulana, dan Syeikh Yasir Muhamad.
Menurut cerita, asalnya pergerakan Silat 12 ini diajar secara ringkas malah tidak sehebat seni pencak yang ada sekarang. Ia hanya sekadar menunjuk pergerakan yg senang dan mudah mengikut penghayatan seseorang individu. Ia juga diajar semata2 utk membangkitkan semangat perjuangan dan penentangan rakyat di sekitar daerah Mempawah terhadap penjajah Belanda dan pengkhianat bangsa.
Silat 12 ini begerak dan dikembangkan sejajar dgn ketokohan pelopornya dengan menjadikan perjuangan berlandaskan 'penerapan nilai-nilai Islam' sehingga menjadi amalan dan prinsip 'sebelum silat kena solat, baru erat silaturrahim'. Moto inilah yg menjadi pegangan pengamal Silat 12 sehingga kini.
Salam Pengenalan
Dengan nama Allah akan gerak dan langkahku,
Ar-Rahman temanku, Ar-Rahhim pendindingku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
